suria

Sambutan hari jadi pelakon Tamil bertukar tragedi, tiga peminat maut semasa gantung ‘banner’ ucapan

Yash simpati dengan nasib peminat yang meninggal dunia.

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran ke-38 pelakon dari India iaitu Yash meninggalkan kenangan hitam apabila tiga peminatnya meninggal dunia.

Lebih menyedihkan lagi, kematian tersebut berpunca akibat terkena renjatan elektrik selepas tiga mangsa berkenaan cuba menggantung kain rentang bagi meraikan ulang tahun hero kesayangan mereka.

Dilaporkan kejadian berlaku di daerah Gadag, India pada Ahad lalu dan melibatkan tiga orang lelaki berusia antara 19 hingga 21 tahun.

yash 2

Yash bertemu keluarga mangsa.

Yash yang sedang menyambut ulang tahun kelahiran pada Isnin lalu terus bergegas ke daerah berkenaan bagi bertemu keluarga mangsa.

Sedih dengan kejadian berlaku, Yash turut mengingatkan peminat lain supaya tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri mereka.

"Cukup sekadar anda semua memberi ucapan dengan sepenuh hati, itu adalah yang terbaik buat saya.

"Kejadian tragis begini membuatkan saya takut dengan sambutan ulang tahunn. Ini bukan cara menunjukkan minat anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej curang Kang Kyung Joon tersebar, ramai simpati dengan Jang Shin Young

ARTIKEL BERKAITAN: Video onani atas katil tersebar, pelakon popular serah kepada netizen buat penilaian

"Tidak perlu gantung banner, tak perlu kejar dengan motosikal atau mengambil gambar dengan cara bahaya. Saya mahu semua peminat terus hidup.

"Nyawa anda amat bermakna buat ahli keluarga yang lain. Saya tidak mahu tunjukkan populariti sehingga berlaku kejadian seperti ini," katanya.

Yash turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa dan berjanji akan memberi bantuan sekiranya memerlukan di masa hadapan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain