suria

Kenang kisah cinta tak menjadi, Luna Maya pernah buat lagu untuk Aeril Noah

Kisah percintaan Ariel dan Luna masih lagi segar diingatan peminat.

PERCINTAAN pelakon Luna Maya bersama penyanyi Ariel Noah sememangnya pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dahulu.

Namun siapa sangka, Luna pernah meminta salah seorang penulis lirik Indonesia untuk mencipta lagu bagi mengenang kisah percintaanya bersama vokalis Noah itu.

Menurut gitaris kumpulan Geisha, Roby Staria berkata lagu berjudul Karena Kamu mengisahkan Luna dan juga Ariel.

luna 1

Lagu Kerana Kamu dari Luna buat Ariel.

Setiap bibit-bibit lagu berkenaan menyentuh kepribadian Ariel yang merupakan bintang terkenal pada ketika itu.

"Saya tumpang bangga melihat kisah cinta mereka yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi masa tidak memihak kepada mereka," ujarnya.

Malah lagu berkenaan sudah dilancarkan pada 2011 namun kini diberi nafas baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dituduh terdesak mahu kahwin, rampas bunga tangan daripada orang lain

ARTIKEL BERKIATAN: 12 tahun menduda, Ariel NOAH mahu betul-betul bersedia jika mahu berkahwin sekali lagi

Roby berkata lagu berkenaan pada awalnya dinyanyikan oleh Luna namun diambil alih kumpulan Geisha.

Untuk rekod, Ariel dan Luna pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar 2010 lalu.

Bagaimanapun hubungan mereka tidak tahan lama disebabkan beberapa faktor yang dirahsiakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain