suria

Blackpink pilih urus karier solo sendiri, saham YG Entertainment jatuh merundum

Ketiadaan Blackpink membuatkan saham YG Entertainment jatuh merundum.

KEGAGALAN mendapatkan kontrak tambahan bagi menguruskan karier solo semua anggota kumpulan Blackpink nampaknya memberi kesan buruk kepada syarikat pengurusan YG Entertainment.

Pada Rabu lalu, saham agensi berkenaan didagangkan pada harga KRW 44,800 atau RM158 sama seperti hari dagangan sebelumnya.

Harga saham agensi itu juga turun kepada KRW 44,050 (RM155) atau penurunan sebanyak 1.67 peratus pada hari pembukaan pada Isnin lalu.

NP (8)

Kesemua ahli Blackpink sudah tidak bersama YG Entertainment.

Ia adalah paras terendah bagi agensi tersebut sejak 52 minggu lalu.

Penganalisis Daishin Securities Lim Soo Jin berkata, kegagalan YG Entertainment mendapatkan kontrak untuk karier solo Blackpink menyumbang kepada kemerosotan itu.

Sebelum ini, salah seorang ahli Blackpink iaitu Jennie memilih menguruskan karier solonya sendiri dengan menubuhkan syarikat pengurusan Oddatelier sejak November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink pilih urus sendiri karier solo, tubuh syarikat Oddatelier

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa kehadiran pengawal, Lisa Blackpink mesra layan peminat di Bangkok

Syarikat itu diuruskan sendiri oleh ibunya.

Selain Jennie, Blackpink yang turut dianggotai oleh Lisa, Jisoo dan Rose juga memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama YG Entertainment.

Bagaimanapun YG Entertainment masih menguruskan karier Blackpink secara berkumpulan selain BabyMonster, Winner, iKON dan Treasure.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain