PELAKON Marshanda masih belum bersedia menamatkan zaman janda walaupun sudah 10 tahun bercerai dengan bekas suami iaitu Ben Kasyafani. Marshanda atau Andriani Marshanda, 34, memberitahu usaha mencari calon suami yang sesuai bukan mudah kerana dia tidak mahu mengulangi kesilapan sama. Menerusi temu bual podcast Richard Lee, pelakon sinetron ini memberitahu selepas bercerai dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun kesemuanya tidak menjadi. Marshanda sudah 10 tahun bergelar janda. Kata Marshanda, ada di antara mereka yang pernah mengajaknya berkahwin namun dia tidak bersedia kerana kegagalan rumah tangga masih menghantuinya. "Bukan tidak ada berkawan dengan orang lain tapi semuanya tidak menjadi sebab saya tidak bersedia dan rasa ngeri untuk kembali berumah tangga," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perlindungan insurans, Marshanda ‘struggle’ cari duit ubati kanser ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun derita kanser payudara, Marshanda sudah pulih selepas cuba rawatan tradisional Dalam pada itu, Marshanda juga memberitahu keputusan terus menjanda kerana memikirkan anak perempuan tunggalnya iaitu Sienna Ameerah Kasyafani. Dia tidak mahu jika dia berkahwin anaknya itu rasa terabai dan kehilangan kasih seorang bapa sekali lagi. "Saya risau kalau dia hilang kasih sayang jika hubungan saya dengan suami baru tidak kekal lama. Sienna pula memang tidak dapat kasih sayang bapa sejak kecil," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!