SELEPAS berpisah dengan bekas isteri iaitu Lisa Bonet, pelakon Jason Momoa dilaporkan kini terpaksa keluar daripada rumah yang didiaminya sebelum ini. Jason atau Joseph Jason Namakaeha Momoa, 45, mengakui tidak memiliki kediaman sendiri dan hanya menumpang di rumah bekas isterinya. Jason terpaksa tinggal di tepi jalan kerana tiada rumah. Menerusi satu sesi temubual, Jason mendedahkan dia membuat keputusan mengejut meninggalkan kediaman itu dan menetap secara sementara di jalanan. "Saya tak punya rumah jadi saya pilih untuk tinggal di jalan," kata Jason Momoa menerusi laporan Entertainment Tonight. Meskipun terpaksa tinggal di jalanan, namun itu sama sekali tidak menjejaskan kerjayanya malah memberitahu kini sedang sibuk menghasilkan dokumentari bertajuk On The Roam. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua tahun berpisah, Lisa Bonet akhirnya fail cerai terhadap Jason Momoa ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi rambut panjang, Jason Momoa tampil imej baharu demi selamatkan bumi Kata Jason lagi, keputusan untuk menetap sementara di jalanan bertujuan menyelami kisah pemuzik jalanan, seniman dan atlet sukan sepanjang siri jelajah di Amerika Syarika Melihat perkara itu, ramai penduduk setempat terkejut dengan kehadirannya di kota berkenaan. "Aku memang selalu berada di tempat-tempat yang aneh dan itu selalu terjadi lalu membuatkan mereka seperti tertanya-tanya kehadiran di kota ini," kata Jason Momoa. Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2005 dan berkahwin secara sah pada 2017. Ia adalah perkahwinan pertama Jason manakala kedua buat Bonet yang sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Lenny Kravitz. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zoe Kravitz. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!