suria

Julia Roberts tak rela berbogel dalam filem, mahu jadi contoh baik kepada anak-anak

Julia tetap pendirian tidak mahu berbogel kerana lakonan.

SUDAH banyak membawakan pelbagai jenis watak, pelakon Julia Roberts tetap berpegang pada prinsip untuk tidak tampil berbogel dalam filem lakonannya.

Julia, 56, juga akan menolak setiap tawaran yang memerlukan dia berbogel dalam apa juga babak sesebuah filem.

Bagaimanapun prinsip itu bukan bererti dia memandang rendah rakan pelakon lain yang selesa melakukan aksi sedemikian.

julia

Julia anggap semua pelakon berhak buat keputusan masing-masing.

Malah Julia berpendapat setiap pelakon berhak memilih watak asalkan ia dapat memberi mereka keselesaan.

"Saya bukannya berniat untuk mengkritik pilihan orang lain tapi saya tak mahu menanggalkan pakaian dalam filem atau tampil berbogel.

"Itu adalah keputusan peribadi saya," katanya di temu bual British Vogue.

ARTIKEL BERKARYA: 'Pretty Woman' Ada Efek Mendalam Dalam Hidup Julia Roberts

ARTIKEL BERKARYA: Julia Roberts Wanita Tercantik Dunia 2017

Julia turut memberitahu keputusan itu juga disebabkan statusnya sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata dan perlu memberi contoh terbaik kepada mereka.

Untuk rekod, Julia berkahwin dengan jurukamera Daniel Moder pada 2002 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Mereka adalah pasangan kembar Hazel Moder dan Phinnaeus Moder, 20 tahun serta Henry Daniel Moder, 17 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain