suria

Selepas ditangkap curang dengan isteri orang, Kang Kyung Joon dan kekasih hilangkan diri 

Kang Kyung Joon menghilangkan diri selepas kecurangannya terbongkar.

PELAKON Kang Kyung Joon dan seorang wanita yang didakwa sebagai kekasihnya dilaporkan menghilangkan diri selepas kisah kecurangan mereka terbongkar baru-baru ini.

Kyung Joon, 41, dan wanita dikenali sebagai 'A' itu dilaporkan bertemu di sebuah agensi jualan namun kedua-dua mereka menghilangkan diri sejak 4 Januari lalu tanpa sebarang notis.

Wakil syarikat berkenaan memaklumkan mereka gagal menghubungi A yang merupakan staf tetap atau Kyung Joon yang berkerja sambilan di agensi tersebut.

553 (2)

Isteri Kyung Joon memfailkan cerai terhadap aktor tersebut.

Walaupun Kyung Joon sudah dimaklumkan mengenai pemberhentiannya, namun pelakon itu tidak pernah memberi respon kepada e-mel dihantar kepadanya.

Dalam pada itu, isteri Kyung Joon yang juga pelakon Jang Shin Young kini dilaporkan sudah memfailkan penceraian setelah skandal suaminya terbongkar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej curang Kang Kyung Joon tersebar, ramai simpati dengan Jang Shin Young

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bongkar Kang Kyun Jun ada hubungan sulit dengan isterinya, minta ganti rugi RM178,000

Nama Kyung Joon mula dikenali ramai selepas dia bersama isteri dan dua anak lelaki mereka muncul dalam program terbitan SBS iaitu Same Bed, Different Dreams dan Superman is Back di saluran KBS.

Kisah kecurangan Kyung Joon terbongkar apabila suami kepada A memfailkan tuntutan saman sebanyak KRW50 juta atau RM178,000 terhadap aktor itu kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan isterinya.

1704678711-2024-01-08-10

Kyung Joon dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Tidak lama kemudian, muncul pula bukti perbualan dengan mesra dengan A menerusi Telegram yang menguatkan lagi dakwaan.

Pihak pengurusannya bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dengan menegaskan mesej tersebut adalah salah faham.

Untuk rekod Kyung Joon dan Shin Young mendirikan rumah tangga pada 2018 selepas mereka bertemu ketika sama-sama berlakon dalam drama Flower of Revenge.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain