suria

Lirik lagu baharu seolah bangga rampas suami orang, peminat gelar Ariana Grande ‘penyondol’

Ethan dan Ariana kini terbuka mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

PEMINAT menggelarkan bintang pop Ariana Grande sebagai penyondol susulan pelancaran single terbaharunya berjudul Yes, And? pada Jumaat lalu.

Menerusi lagu tersebut, Ariana dilaporkan menjawab kritikan peminat selepas dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon Ethan Slater dan meminta mereka jangan mencampuri urusannya.

Tidak membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja, peminat menyerang Ariana, 30, di media sosial dengan memanggilnya sebagai hodoh dan perosak rumah tangga orang lain.

ariana-dalton-ig-1596819415

Perkahwinan Ariana dan Dalton hanya bertahan selama dua tahun.

Ramai mula meluat dengan sikap Ariana yang dilihat cuba berlagak seperti seorang mangsa dan tidak peduli dengan perasaan orang lain terutamanya isteri Ethan iaitu Lily Jay.

"Perempuan ini memang hodoh dan kurang ajar. Sedar tak yang kau bercinta dengan suami orang dan sekarang berlagak seperti mangsa?

"Tiada sedikit rasa simpati terhadap Lily dan anak kecil mereka?," komen peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Haechan NCT kena saman, ditangkap hisap rokok dalam studio latihan

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Roberts tak rela berbogel dalam filem, mahu jadi contoh baik kepada anak-anak

Ariana dan Ethan bertemu sekitar Disember 2022 di set penggambaran filem Wicked di London sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta di antara mereka walaupun kedua-duanya sudah berkahwin.

Bagaimanapun pada Julai 2023, Ariana dan Ethan mengumumkan perpisahan dengan pasangan masing-masing yang menguatkan lagi spekulasi skandal mereka.

Pada 17 Julai 2023 Ariana mengesahkan dia dalam proses penceraian dengan suami iaitu Dalton Gomez sebelum secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Ethan tiga hari kemudian.

NEW YORK, NY - JUNE 10:  Ethan Slater (R) attends the 72nd Annual Tony Awards at Radio City Music Hall on June 10, 2018 in New York City.  (Photo by Walter McBride/WireImage)

Ethan memfailkan penceraian terhadap Lily enam hari selepas Ariana mengesahkan mereka pasangan kekasih.

Aktor itu kemudiannya memfailkan penceraian terhadap Lily pada 26 Julai 2023 selain menuntut hak penjagaan anak lelaki mereka yang berusia 2 tahun.

Sementara itu, sumber terdekat penyanyi berkenaan menyangkal dakwaan lirik lagu And, Yes? adalah berkisar mengenai hubungan Ariana dengan Ethan.

Sebaliknya, lirik lagu itu hanya menjawab pelbagai kontroversi menyelubungi kehidupan penyanyi itu sejak beberapa tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain