suria

Park Min Young selesai jalani siasatan skandal penggubahan wang haram, nafi terima RM800,000 daripada bekas kekasih 

Min Young harap namanya tidak dikaitkan lagi dengan bekas kekasih.

PELAKON Park Min Young menolak dakwaan kononnya dia terlibat dalam skandal penggubalan wang haram yang dilakukan bekas teman lelakinya, Kang Jonh Hyun.

Tidak hanya itu, Min Young turut menafikan terlibat dalam aktiviti haram lelaki berkenaan termasuk menerima wang berjumlah RM885,000 yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan aktres itu, Ming Young sebelum ini dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberi kenyataan berhubung perkara itu.

park min young 2

Min Young sebelum ini didakwa turut terlibat dalam aktiviti perniagaan bekas kekasih.

"Park Min Young tampil memberi kerjasama pada Februari 2023. Dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti terlarang atau menerima manfaat daripadanya.

"Jumlah wang yang disebut itu dimasukkan ke dalam akaun Jong Hyung dan bukan untuk kegunaan peribadi Min Young," jelas kenyataan tersebut.

Sebelum ini nama Min Young terpalit dengan kontroversi susulan kes melibatkan usahawan berkenaan meskipun ketika itu mereka sudah pun berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ditangkap curang dengan isteri orang, Kang Kyung Joon dan kekasih hilangkan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Haechan NCT kena saman, ditangkap hisap rokok dalam studio latihan

Dalam masa sama, Min Young juga menerima dengan hati terbuka setiap kritikan terhadap dirinya dan meneruskan kerjaya dalam bidang seni agar tidak menghampakan peminat.

"Ramai yang salah faham terhadap Min Young susulan penyebaran berita tidak benar.

"Dia menerima setiap kritikan dan terus memberi fokus kepada kerjaya. Dia percaya tugasnya hanya untuk memberi hasil kerja terbaik sebagai pelakon," jelas wakil pengurusan aktres terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain