suria

Cacah tatu tahi lalat macam Lisa Blackpink, karier pelakon Thailand semakin rancak

Aum menganggap tatu tahi lalat di bahagian lehernya membawa tuah.

PELAKON terkenal Thailand Aum Lukana tidak menafikan tindakan mencacah tatu berupa tahi lalat di bahagian leher kerana meniru anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa.

Aum berkata, dia mencacah tatu itu betul-betul di bahagian tulang selangka lehernya sama seperti Lisa dan menamakannya Tatu Lisa.

Aum bangga dengan tatu membawa tuah yang dimiliki.

Aum mahu miliki tahi lalat yang sama seperti Lisa.

Kata Aum, tatu berkenaan bukan sekadar ingin meniru Lisa tetapi percaya ia membawa tuah kepada dirinya.

"Saya dapatkan tatu sama seperti tahi lalat Lisa tapi bukan sekadar hendak meniru tetapi ia bawa tuah kepada saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Lisa Blackpink di Istana Buckhingnam dapat pujian, macam puteri raja sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa kehadiran pengawal, Lisa Blackpink mesra layan peminat di Bangkok

Aum berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual sambil menunjukkan tatu di lehernya.

Kata Aum, sejak mencacah tatu berkenaan, kariernya semakin meningkat selain mendapat lebih banyak tawaran berlakon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain