suria

Park Seo Jon tak main-main, heret netizen ke mahkamah atas kesalahan fitnah

Park Seo Joon ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak cuba mencemarkan nama baiknya.

PELAKON Park Seo Joon tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menyebarkan berita palsu mengenai dia di media sosial.

Ia susulan pelakon itu menerima banyak komen berbaur negatif dan fitnah sehingga menyebabkan imejnya sebagai selebriti berpengaruh terjejas.

Seo Joon juga memberitahu tahun ini juga dia akan lebih bertegas dengan mana-mana pihak yang cuba merosakkan reputasinya di alam maya.

park seo

Park Seo Joon tidak akan beri muka kepada mana-mana pihak memfitnahnya.

Susulan itu, agensi pelakon tersebut iaitu Awesome Entertainment juga mendedahkan mereka sudah memfailkan dua saman fitnah bagi pihak Seo Joon sejak empat tahun lalu.

Saman itu difailkan selepas wujud beberapa bukti bagi menyabitkan tertuduh selain ada beberapa lagi individu bakal diheret ke muka pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Joon pernah dikritik kerana wajah biasa-biasa, disaran buat pembedahan plastik

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kisah Park Seo Joon tak guna nama sebenar, satu studio ketawa apabila tahu sebabnya!

Jelas Awesome, ketika ini beberapa kes sedang dalam siasatan pihak berkuasa sebelum pendakwaan dilakukan di mahkamah.

Wakil aktor itu juga berpesan agar orang ramai tidak mudah mengeluarkan sebarang kenyataan palsu serta fitnah terhadap Seo Joon atau mana-mana selebriti atau berdepan tindakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain