ANGGOTA kumpulan NewJeans iaitu Minji tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dia dituduh bersikap biadab terhadap peminat ketika muncul dalam siaran langsung di laman sosial miliknya baru-baru ini. Minji meluahkan rasa kesal apabila dikatakan menggunakan tona suara tidak sesuai dan menunjukkan sikap kurang senang ketika menjawab soalan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Bunnies. Menjelaskan insiden itu, Minji memberitahu ketika siaran langsung itu, dia cuba berbual secara santai namun provokasi sesetengah pengikut membuatkan dia hilang pertimbangan. Minji tampil membuat permohonan maaf kepada peminat. Minji sebelum itu memberitahu tidak pernah mendengar atau mencuba hidangan popular Korea Selatan iaitu Kalguksu yang menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan peminat. Mereka mendakwa Minji berpura-pura tidak mengetahui tentang hidangan tersebut walaupun menjelaskan dia seorang pemilih makanan dan tidak pernah mencuba Kalguksu. ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Young dituduh menipu skandal penggubahan wang haram, peminat boikot drama ‘Marry My Husband’ ARTIKEL BERKAITAN: Cacah tatu tahi lalat macam Lisa Blackpink, karier pelakon Thailand semakin rancak Menjelaskan situasi itu, Minji memberitahu ketika ditanya tentang perkara itu dia tidak memberi respon secara langsung kepada peminat sebaliknya bercakap sendirian berfikir sama ada dia pernah mencuba hidangan tersebut. Minji bagaimanapun menyesal sudah mengecewakan peminat dan akan memperbaiki sikap apabila bertemu peminat secara maya pada masa depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!