suria

Tamat latihan asas dengan penuh gaya, Tae Hyung dan RM terima anugerah ‘Pelatih Elit’

Tae Hyung atau V menerima sijil penghargaan sebagai Pelatih Elit.

DUA anggota kumpulan BTS mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai sebagai enam individu yang layak menerima pengiktirafan Pelatih Elit di Rekrut Latihan Rejimen ke-27 pada Rabu.

Tae Hyung dan RM berjaya tersenarai daripada 200 pelatih di kem tentera berkenaan selepas menjalani lima minggu latihan asas ketenteraan.

Bagi mendapatkan gelaran Petalih Elit, peserta perlu memenuhi syarat ketat yang ditetapkan Pusat Latihan Nonsan.

V RM

Tae Hyung dan RM antara enam tentera yang mendapat anugerah Pelatih Elit.

Ini termasuk melakukan tekan tubi lebih daripada 72 kali dalam tempoh dua minit, berlari sejauh 1.5 kilometer dalam jangka masa lima minit dan melakukan tembakan tepat sekurang-kurangnya 16 kali.

Sejak menyertai latihan tentera pada 11 Disember lalu, mereka menjalani latihan asas tentera selama lima minggu sebelum ditugaskan ke unit berasingan.

Apa menarik perhatian, Tae Hyung atau V lalu dilihat semakin berisi berbanding ketika mula-mula menyertai kem tentera.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali bergabung 2025, BTS mula babak kedua selepas latihan ketenteraan

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ‘try hard’ tiru Jung Kook BTS, netizen minta Sean Lee fokus berlakon dan mengacara

V dilaporkan berjaya menaikkan berat badan dan otot daripada 61 kilogram kepada 85 kilogram hanya dalam tempoh sebulan.

Sebelum ini V tular di media sosial selepas dia antara bintang kpop yang memohon dan diterima masuk ke Pasukan Tugas Khas iaitu pasukan elit membanteras terorism yang cukup terkenal dengan latihan ketat.

Bagaimanapun sebelum bertugas di unit berkenaan, V bakal ditempatkan selama tiga minggu di Pejabat Pengurusan Tentera bermula 18 Januari sehingga 8 Februari 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain