suria

Penyanyi rap masuk hospital alami kecederaan serius, tisu bahu koyak semasa jalani latihan tentera

Sik-K cedera bahu kanan.

PENYANYI rap Korea Selatan Sik -K dilaporkan mengalami kecederaan pada bahu kanan sewaktu menjalani latihan ketenteraan baru-baru ini.

Sik- K atau Kwon Min-sik, 30, berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaklumkan mengalami kecederaan koyak pada tisu bahu kanannya.

Dia kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di hospital bagi memulihkan kembali tangannya itu sebelum dibenarkan semula menjalani latihan ketenteraan.

sik

Sik-K cedera di bahu sewaktu jalani latihan tentera.

Dalam perkongsian itu, Sik kelihatan lemah selepas menerima rawatan dan memberitahu ini bukanlah kecederaan pertama buatnya kerana pernah berdepan insiden sama pada Oktober tahun lalu.

"Saya tahu cedera itu cukup serius dan meskipun telah diberitahu oleh doktor saya jadi buat keputusan untuk tunda buat pembedahan.

"Sepatutnya dilakukan pada bulan Oktober lalu tapi kini jadi lagi," tulis Sik-K.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej satu perkataan Jung Kook kepada peminat trending di seluruh dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Boy William berhabis RM300,000 buat hidung mancung, paling penting Ayu Ting Ting suka hasilnya

Dalam pada itu, Sik-K turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan memberitahu sedang mempersiapkan diri untuk pelancaran karya terbaharu tidak lagi.

"Saya ingin memastikan bahawa saya memenuhi janji saya kepada para penggemar saya, berkat kalian lah saya dapat terus maju dan memberikan karya seni terbaik saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain