suria

Terbuka tayang kemesraan, Dua Lipa beri bayangan sedang bahagia bersama Callum Turner

Dua dan Callum terbuka menunjukkan aksi romantis.

PENYANYI Dua Lipa seakan-akan memberi gambaran mengesahkan hubungan cintanya dengan aktor Callum Turner.

Pasangan ini dilihat secara terbuka keluar makan bersama di sebuah restotan di Los Angeles baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, ketika keluar dari restoran berkenaan, mereka juga dilihat berpelukan dan bercium secara terbuka.

dua lipa 2

Dua dan Callum kelihatan mesra bersama.

Ketika keluar daripada restoran berkenaan, Callum juga merangkul erat tubuh Dua sebelum mereka bercium.

Malah jelas terpancar wajah bahagia pada senyuman yang dipamerkan oleh Dua.

Meskipun tidak pernah memberi kenyataan akan status hubungan mereka sebelum ini, namun aksi romantis yang ditunjukkan cukup memberi gambaran percintaan kedua-duanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup terseksa demi fesyen, Dua Lipa tak boleh duduk sebab baju terlalu ketat

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa batal pelancaran muzik video, bimbang elemen peperangan singgung perasaan masyarakat Palestin

Hubungan Dua dan Callum mula dihidu peminat selepas mereka sama-sama hadir ke sebuah acara baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas tentang hal tersebut Callum bagaimanapun enggan memberi sebarang maklum balas.

Menurut sumber, hubungan kedua-dua masih dalam peringkat baharu namun serius sebagai pasangan kekasih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain