SELEPAS ramai yang berteka-teki tentang hubungan penyanyi Hyuna dan Yong Junghyun, akhirnya mereka seolah-olah memberi bayangan mengesahkan kisah cinta bersama. Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, mereka berkongsi foto sama dan Hyuna pula menulis kapsyen dengan meletakan emoji pasangan kekasih. Dalam gambar berkenaan mereka dilihat berpegangan tangan ketika sedang berjalan di pantai. Peminat tidak setuju Hyuna dan Junhyung bercinta. Di sebalik kisah bahagia itu ramai juga dalam kalangan peminat yang tidak bersetuju dengan pilihan Hyuna kerana Junghyun sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi. Sekitar tahun 2019, nama Junghyun pernah menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan menyertai satu kumpulan sembang (chat group) berunsur lucah. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rap masuk hospital alami kecederaan serius, tisu bahu koyak semasa jalani latihan tentera ARTIKEL BERKAITAN: Mesej satu perkataan Jung Kook kepada peminat trending di seluruh dunia Bekas anggota kumpulan Beast ini juga dipanggil pihak berkuasa bagi memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam kumpulan berkenaan. Menjawab tentang kisah cinta itu, wakil pengurusan kedua-duanya memaklumkan pihak mereka tidak campur tangan dalam urusan peribadi. "Percintaan adalah hal peribadi artis. Kami tidak campur tangan urusan peribadi artis," jelas wakil berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!