suria

Nampak busuk dan dipenuhi tahi gigi, personaliti televisyen buat peminat loya

Peminat loya lihat gigi June secara dekat.

NIAT berkongsi keenakan makanan bertukar menjadi sesuatu yang memalukan buat personaliti televisyen Mama June apabila giginya menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di media sosial, June berkongsi aiskrim buatan sendiri bersama makaroni semasa dalam perjalanan ke Georgia.

Bagaimanapun semasa dia menghalakan kamera ke arah dirinya, gigi June kelihatan kotor akibat makan.

june 2

Gigi June yang dulu putih kini mula rosak.

Perkara itu menimbulkan rasa loya peminatnya sekali gus menganggap June telah kembali ke habit lamanya yang enggan menggosok gigi.

Malah peminat juga menuduhnya sebagai seorang pengotor kerana tidak menjaga venir pada gigi dengan baik.

"Dia pengotor! Tak nak gosok gigi. Gigi dia kelihatan busuk dan meloyakan," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Beza usia 18 tahun... Personaliti TV, Mama June hangat bercinta dengan artis 'TikTok' Jordan McCollum

ARTIKEL BERKAITAN: Nicole Kidman seronok jadi ibu, simpan impian mahu anak ramai

Sebelum ini, June membelanjakan sebanyak RM188,560.00 ($40,000) semata-mata untuk mengenakan venir.

Pemasangan venir yang dianggap mahal itu juga turut dirakamkan dalam sebuah temu bual.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain