suria

Peminat fanatik ditahan selepas sebulan berkampung di hadapan rumah Taylor Swift

Taylor masih mengunci mulut berhubung kejadian di rumahnya.

SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa cuba menceroboh kediaman penyanyi Taylor Swift di New York pada Sabtu.

Anggota Polis New York menahan lelaki berkenaan selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang melihat seorang individu cuba memecah masuk rumah Taylor.

Bagaimanapun penyanyi berusia 34 tahun itu tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

talor

Ketika detik-detik lelaki tidak dikenali ditahan polis.

"Apabila polis tiba lelaki tersebut cuba membuka pintu rumah penyanyi berkenaan," katanya memetik laporan Page Six.

Sementara itu, menurut jiran Taylor mendakwa lelaki sama telah meninjau dan berkampung di rumah penyanyi berkenaan selama sebulan.

Katanya, dia cuba mendekati lelaki berkenaan kerana ingin mengetahui tujuannya berada di rumah penyanyi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift diugut boikot hadir program amal Palestin, peminat ‘back up’ kecam pengacara

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dah jumpa cinta baharu, ‘dating’ senyap-senyap dengan pemain bola sepak Travis Kelce

"Dia tidur di atas bangku... kadang merokok dan menjerit-jerit. Kehadiran dia buat semua orang tak selesa.

"Saya tanya dia apa yang dia lakukan di sini... dia kata dia mahu jumpa Taylor," kongsinya.

Bagaimanapun, Taylor masih lagi tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain