PELAKON dari Hong Kong Chow Yun Fat yang mengambil bahagian dalam Standard Chartered Hong Kong Marathon pada 21 Januari lalu meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan catatan masa lariannya. Chow yang hadir ditemani jurulatihnya hanya berjaya mencatat masa 2 jam 26 minit 08 saat untuk perlumbaan sejauh 21 kilometer (Km) itu. Aktor itu memberitahu catatan tersebut empat minit lebih perlahan daripada sasaran yang ditetapkan. Chow Yun Fat tetap aktif bersukan walau sudah berusia 68 tahun. Ini merupakan kali kedua Chow menyertai larian separuh maraton. Pelakon filem One More Chance itu berkata dia merancang untuk mencabar dirinya sekali lagi dengan menyertai separuh maraton pada 2025 dan berharap dapat menyelesaikannya lima minit lebih cepat. Sebelum ini Chow yang berusia 68 tahun pernah mengambil bahagian dalam maraton pertama dengan mencatatkan masa 2 jam 27 minit 56 saat. ARTIKEL BERKAITAN: Chow Yun-Fat Agih 99 Peratus Kekayaannya Untuk Amal ARTIKEL BERKAITAN: Pelari maraton tumpang 'lepas hajat' di halaman rumah, pemilik kediaman tuntut pampasan daripada penganjur Dalam pada itu, Chow sempat bergurau bahawa isterinya Jasmine Tan akan memotong gajinya kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Chow menambah, menamatkan perlumbaan sejauh 21km memerlukan banyak kesabaran dan dia tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam acara akan datang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!