suria

Dikecam sebab nampak hodoh, pelakon popular minta maaf tak penuhi permintaan peminat

Xiao Hui terbuka memohon maaf kepad peminat.

PELAKON asal China iaitu Mao Xiao Hui memohon maaf secara terbuka selepas mendapat kecaman penonton gara-gara kelihatan hodoh dalam drama terbaharu lakonannya berjudul The Legend of Sword and Fairy 4.

Menurut Xiao Hui, 27, dia sudah cuba menurunkan berat badan sebelum terlibat dalam penggambaran drama tersebut namun penampilannya masih belum menepati permintaan peminat.

"Saya minta maaf kerana kelihatan hodoh di hadapan semua. Saya telah menjalani diet untuk turunkan berat badan namun masih nampak gemuk.

xiao hui 2

Penampilan Xiao Hui dalam drama dikecam peminat.

"Iya, saya gemuk. Sukarnya untuk turunkan berat badan," katanya.

Tidak cukup dengan itu dia turut meluahkan rasa sedih kerana penampilannya itu telah membuatkan peminat kecewa.

Aktres juga meminta penonton agar tidak melihat pada dirinya ketika menonton drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Jo Se Ho akhirnya bakal berkahwin, pilih wanita 9 tahun lebih muda sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bagi kad kredit peribadi kepada peminat, netizen kata HyunA baik macam malaikat

"Saya telah kecewakan anda semua. Saya mahu anda semua tutup mata ketika menonton. Anggap ia seperti sebuah drama radio," ujarnya.

Xiao Hui sebelum itu dikecam teruk oleh penonton kerana dianggap gagal mempamerkan lakonan serta penampilan terbaik menerusi watak Meng Li dalam drama tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain