suria

Bintang Fifty Shades of Grey hampir maut digigit serangga, trauma bercuti ke Sepanyol

Jamie Dornan hampir mati selepas menyentuh serangga berbisa.

PELAKON Jamie Dornan hampir maut selepas digigit serangga berbisa ketika bercuti di Sepanyol baru-baru ini.

Ketika kejadian, bintang filem Fifty Shades of Grey itu sedang bermain golf bersama rakannya sebelum secara tidak sengaja menyentuh serangga berkenaan.

Pada awalnya dia hanya mengalami kesemutan di bahagian tangan kiri namun mengambil keputusan ke hospital menggunakan Uber selepas degupan jantungnya menjadi kencang.

size NP 1 (15)

Jamie Dornan trauma mahu bercuti ke Sepanyol.

Bagaimanapun Jamie tiba-tiba rebah sebelum jatuh pengsan sebelum sedar sudah berada di atas katil hospital.

Dalam pada itu, Jamie memberitahu dia mungkin mengalami serangan jantung yang boleh meragut nyawa sekiranya lambat mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'Fifty Shades Darker' Selamat Serangan Trak Di Perancis

ARTIKEL BERKAITAN: Trailer 'Fifty Shades of Grey' Catat Sejarah

Selepas membuat carian di Google mengenai serangga berkenaan, rupanya seorang lelaki berusia 40-an pernah menjadi mangsa sehingga mengalami serangan jantung.

Malah seekor anjing yang ditemui mati di padang golf sama rupanya disebabkan digigit serangga sama.

Kejadian itu menyebabkan Jamie berasa trauma bermain golf dan bercuti ke Sepanyol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain