suria

Berat badan kekal 37kg demi watak sakit kanser, Park Min Young tak bagi peminat ikut diet ekstrem

Perubahan fizikal Min Young membuatkan ramai peminat bimbang.

DEMI menjayakan watak dalam drama terbaharu, pelakon Park Min Young sanggup mengamalkan diet ekstrem bagi menurunkan berat badan.

Selain mengurangkan pengambilan makanan, Min Young, 38, hanya minum air berunsurkan ion supaya dia dapat mencapai sasaran bentuk badan yang diingini.

Hasilnya, Min Young berjaya mengubah penampilan sekali gus mengekalkan berat badan sebanyak 37 kilogram bagi watak Kang Ji Won yang merupakan seorang pesakit kanser.

park min young 2

Min Young sanggup amalkan diet ekstrem demi watak.

Bagaimanapun Min Young sendiri akui ia bukanlah satu kaedah yang terbaik dan sama sekali tidak menyarankan orang ramai mengikuti caranya.

"Cara ini tidak disaran sama sekali. Mengambil kira faktor usia saya juga tidak yakin boleh melakukan sebegini untuk menghidupkan watak.

"Untuk kali terakhir saya membuat keputusan untuk memberi komitmen sepenuhnya dengan bersungguh-sungguh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam sebab nampak hodoh, pelakon popular minta maaf tak penuhi permintaan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bagi kad kredit peribadi kepada peminat, netizen kata HyunA baik macam malaikat

Perubahan pada Min Young ini juga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan peminat.

Apa lagi ini bukan pertama kali dia mengamalkan diet ekstrem untuk menghidupkan watak dalam lakonan.

Amalan diet sebegitu boleh memberi kesan jangka panjang termasuk kerosakan pada organ pencernaan dan juga rambut gugur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain