GARA-GARA berkulit cerah, penyanyi rap popular Drake dibenci oleh rakan-rakan industri. Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi rap berasal Amerika iaitu Lil Wayne. "Dia dibenci kerana warna kulitnya cerah. Ya, itu sejarah Amerika sejak dahulu lagi," katanya. Lil Wayne juga akui benci orang yang berkulit cerah. Wayne berkongsi perkara itu dalam siaran podcast The Richard Sherman. Wayne ketika itu ditanya punca Drake dibenci dalam kalangan penyanyi rapper. ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan kekal 37kg demi watak sakit kanser, Park Min Young tak bagi peminat ikut diet ekstrem ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Gosling kecewa pelakon dan pengarah ‘Barbie’ tak tercalon Oscar... Margot Robbie, Greta cipta fenomena Jelas Wayne, sebagai seorang yang berkulit gelap, dia juga mengakui yang dia mempunyai perasaan benci terhadap golongan berkulit cerah. "Saya juga benci semua lelaki berkulit cerah di sekolah. Ya, inilah Amerika" katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!