suria

Pakar dedah Kanye West boleh kena jangkitan kuman, sukar kunyah makanan gara-gara gigi palsu titanium RM4 juta

Gigi titanium Kanye tidak boleh ditanggalkan dan akan kekal selamanya.

PENYANYI rap Kanye West mungkin berdepan jangkitan kuman gara-gara pemakaian gigi palsu titanium bernilai ASD850,000 (RM4 juta), baru-baru ini.

Menurut seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Daniel Rubinshtein, Kanye tidak sepatutnya menjalani prosedur rawatan gigi tersebut kerana ia bakal berakhir dengan sebuah penyesalan.

Malah kata Rubinshtein, penyanyi tersebut juga bakal berdepan kesukaran untuk mengunyah makanan gara-gara gigi palsu yang dipakai.

kanye1 - 1

Gigi palsu titanium Kanye bakal mengundang padah.

"Berdasarkan gambar gigi palsu titanium Kanye yang saya lihat, dia tidak akan mempunyai keupayaan untuk mengunyah makanan dengan betul.

"Gigi palsu itu akan merosakkan sendi rahang pada bahagian mulut dan boleh membawa kepada jangkitan kuman," ujarnya kepada The Mirror.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West cabut semua gigi ganti titanium bernilai RM4 juta, tiru watak jahat filem 'James Bond'

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai topeng ketika memasak, netizen anggap Kanye West layan isteri macam hamba

Dalam pada itu, satu lagi sumber memberitahu bahawa gigi palsu titanium milik penyanyi lagu Stronger tidak boleh ditanggalkan dan akan kekal selamanya.

Gigi palsu buatan khas untuk Kanye dikenali sebagai 'prostodontik tetap' yang merupakan jenis gigi hasil eksperimen dicipta bersama penyanyi berkenaan.

"Gigi yang dipakai Kanye itu akan kekal dan ia mempunyai cara implan khusus tidak sama dengan prosedur rawatan pergigian biasa," kata sumber.

Sebelum ini, Kanye membuat kejutan apabila muncul mengenakan gigi palsu titanium yang bernilai RM4 juta ketika keluar bersama isterinya iaitu Bianca Censori.

Penampilan Kanye dikatakan diilhamkan oleh watak penjahat Jaws dalam filem James Bond.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain