suria

Perbezaan agama isu sensitif, Rizky Febian tetap akan kahwin Mahalini

Rizky tetap akan bernikah dengan Mahalini.

HUBUNGAN antara penyanyi Rizky Febian dan tunangnya iaitu Mahalini masih lagi menjadi bualan netizen gara-gara perbezaan agama dianuti.

Memetik laporan Intip Seleb, Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, 26, mengakui isu agama merupakan hal sensitif dan tidak perlu diperbahaskan secara terbuka.

Kata Rizky, sejak awal menjalinkan hubungan cinta dengan Mahalini mereka sudah menyedari mengenai halangan terbesar itu, namun enggan memaksa tunangnya itu dalam membuat keputusan.

Rizky tidak mahu mendesak Mahalini berkenaan isu tukar agama.

Rizky tidak mahu mendesak Mahalini berkenaan isu tukar agama.

"Saya sangat senang bersama Mahalini dan daripada awal kami memang sedar bahawa hubungan iniu mempunyai benteng (halangan) terlalu tinggi.

"Cuma saya bersyukur dengan keseriusan hubungan kami dan tidak memaksa pasangan untuk ikut saya (agama) kerana ia perkara yang sangat sensitif," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin Rizky Febian tahun ini? Mahalini ketawa jawab spekulasi netizen

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keputusan nikah Mahalini ditentang netizen, Rizky Febian sedia bergelar suami - "Kalau tunggu sampai bila tak kahwin"

Dalam pada itu, Rizky dan Mahalini sepakat menghormati keputusan masing-masing berkenaan soal agama, namun mereka tetap akan meneruskan persiapan perkahwinan.

Malah Rizky turut bersyukur kerana keluarga kedua-dua pihak tidak menunjukkan sebarang bantahan dan hanya menerima keputusan yang akan dibuat.

"Ya kita fokus sahaja dengan urusan pernihan kerana saya yakin Tuhan tidak pernah keliru untuk memberikan anugerah kepada hambaNya. Saya pasti semua ini pasti ada hikmahnya.

Rizky bersyukur hubungan dia dan Mahalini tidak mendapat tentangan keluarga.

Rizky bersyukur hubungan dia dan Mahalini tidak mendapat tentangan keluarga.

"Saya juga senang kerana keluarga kami berfikiran terbuka dalam soal ini. Ibu bapa kami hanya memilih untuk kebahagiaan anak-anak mereka," ujarnya.

Untuk rekod, Rizky dan Mahalini dikatakan mula bercinta pada 7 Februari 2022 dan mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.

Pun begitu, masing-masing mengunci mulut mengenai perkahwinan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain