suria

Kondo lokasi pelakon Hong Kong bunuh diri dijual, RM10 juta lebih rendah dari nilai pasaran

Rumah yang pernah didiami Suk Yin kini mula dijual.

KEDIAMAN pelakon Hong Kong iaitu Lai Suk Yin mula dijual selepas sebulan mendiang meninggal dunia.

Kondominium mewah yang menjadi lokasi Suk Yin dilaporkan mengambil nyawanya sendiri itu ditawarkan pada harga sekitar RM10 juta.

Bagaimanapun harga tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa lokasi berkenaan yang dianggarkan RM20 juta.

suk yin 2

Suk Yin sempat meraikan hari Natal sebelum bunuh diri.

Dipercayai tragedi kematian Suk Yi di kondominium berkenaan menjadi punca ia dijual dengan harga RM10 juta lebih rendah berbanding nilai sebenar pasaran.

Kondominium Broadview Terrace yang terletak di North Point itu sememanangnya menjadi pilihan ramai golongan kaya Hong Kong kerana pemandangan menghadap Victoria Harbour.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bagi kad kredit peribadi kepada peminat, netizen kata HyunA baik macam malaikat

ARTIKEL BERKAITAN: Kris Shen tak malu jual ayam di pasar, ceburi pelbagai perniagaan tampung kehidupan

Suk Yin meninggal dunia pada 26 Disember tahun lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri dipercayai lemas akibat membakar arang dalam rumah.

Suk Yin meninggal dunia pada usia 47 tahun ketika menerima rawatan di hospital.

Berita kematian Suk Yin mengejutkan banyak pihak kerana dia dilihat gembira menyambut perayaan Natal bersama keluarga sehari sebelum kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain