suria

Video mengamuk dengan pekerja tersebar, rakan tampil pertahan Luna Maya

Luna didakwa memarahi pekerjanya di pejabat.

PENGACARA Indonesia Melaney Ricardo menyelar tindakan netizen menyebarkan video pelakon Luna Maya sedang memarahi pekerjanya di pejabat.

Melaney berkata, tindakan itu adalah bukti semakin ramai individu yang sanggup melanggar etika demi mencipta kandungan di media sosial.

"Orang sekarang ini tidak mempunyai etika sama sekali. Semudah itu mereka kongsi video orang lain hanya kerana ingin dapatkan content FYP," katanya.

luna1 - 1

Melaney tampil mempertahankan Luna.

Melaney berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Melaney dilihat mempertahankan penyanyi tersebut dengan memberitahu bahawa artis juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.

"Sama ada artis, public figure atau pekerja biasa, mereka hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenang kisah cinta tak menjadi, Luna Maya pernah buat lagu untuk Ariel Noah

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya, Maxime seronok tayang bahagia... Pendakwah terkenal puji hubungan ikhlas, nasihat segera nikah

"Apa yang menjadi kesalahan apabila netizen berfikir artis atau ahli politik itu orang yang suci dan sempurna. Ya tidaklah, nobody's perfect dude," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang video tular berkenaan, Melaney memberitahu meskipun terdapat majikan yang memarahi pekerjanya, ia tidak bermakna mereka seorang individu tidak berhati perut.

"Saya juga seperti itu dengan pekerja, kalau ada sesuatu yang sudah ditegur tidak ada perubahan, ia mungkin akan mendatangkan kerugian pada syarikat.

"Saya akan berasa marah tetapi tidak bermakna saya seorang yang jahat," ujarnya.

luna2 - 1

Luna hanya manusia biasa yang punya perasaan marah.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Luna sedang memarahi pekerjanya dalam sebuah bilik mesyuarat.

Pelakon filem Suzzana: Bernapas dalam kubur itu dilihat mengetuk meja dihadapan pekerjanya yang dilaporkan daripada bahagian pemasaran.

Luna dilihat sangat marah dan kemudiannya meninggalkan ruang bilik mesyuarat tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain