AKTRES Florence Pugh berkongsi detik janggal ketika menjalani penggambaran filem Oppenheimer. Pugh berkata, kamera digunakan ketika merakamkan adegan seks dalam filem berkenaan tiba-tiba rosak membuatkan dia bersama rakan pelakon Cillian Murphy perlu berada di posisi sama sementara alat berkenaan dibaiki. "Di tengah-tengah adegan seks kami, kamera rosak. Tiada siapa dapat menjangkakan perkara ini tetapi ia berlaku. Antara babak lakonan Pugh dan Murphy dalam Oppenheimer. "Kamera rosak ketika kami berdua berada dalam keadaan bogel dan kami memeluk diri sendiri bagi menutup bahagian yang terdedah sementara menanti kamera dibaiki," katanya. Di sebalik insiden itu, Pugh tetap memuji produksi filem itu yang disifatkan sebagai profesional serta mendapat pengalaman menyeronokkan sepanjang penggambaran. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Oppenheimer’ Filem Terbaik Anugerah Golden Globe ke-81 ARTIKEL BERKAITAN: ‘Barbie’ filem terlaris 2023, kutipan box office cecah RM6.48 bilion Malah kata Pugh, sepanjang berada di lokasi, dia jarang sekali memegang telefon kerana terlalu banyak perkara dilakukan di set penggambaran. "Semua orang memberikan yang terbaik dalam kerja mereka malah kami semua tidak pernah duduk diam sebab ada sahaja perkara yang berlaku. "Tiada hari di mana saya berasa bosan dan menghabiskan masa dengan bermain telefon," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!