suria

Rumah pelakon ‘Squid Game’ di Los Angeles kena pecah masuk, polis gagal kesan pelaku

Lee ambil tindakan undang-undang terhadap pencuri yang memasuki kediamannya.

KEDIAMAN milik pelakon Lee Byung Hun di Los Angeles, Amerika Syarikat dipecah masuk pencuri pada 28 Januari lalu.

Byung Hun, 54, memberitahu meskipun rumah berkenaan mempunyai sistem keselamatan yang ketat namun pencuri berjaya menceroboh masuk dengan memecahkan bahagian tingkap.

Rumah pelakon Squid Game dipecah masuk pencuri.

Rumah pelakon Squid Game dipecah masuk pencuri.

Difahamkan sewaktu kejadian itu berlaku, Byung Hun tidak berada di kediamannya dan sehingga kini individu itu juga tidak berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

Byung Hun bagaimanapun reda dengan kejadian berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan menangkap pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Kondo lokasi pelakon Hong Kong bunuh diri dijual, RM10 juta lebih rendah dari nilai pasaran

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya paranoid lepas sakit, kini mahu hidup sihat bahagia

Sementara itu, pihak pengurusan pelakon siri popular Squid Game ini memberitahu setakat ini Byung Hun tidak mengalami sebarang kerugian besar akibat kejadian tersebut.

"Benar rumah Byung Hun dipecah masuk pencuri namun nasib baik tiada kerugian besar," kata agensinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain