suria

Baling mikrofon dan tinggalkan pentas, Bilal Saeed mohon maaf selepas kena kecam

Bilal akui kesalahan tindakan kurang sopan.

PENYANYI popular Pakistan tampil memohon maaf secara terbuka susulan insiden membaling mikrofon ke arah penonton dalam sebuah acara persembahan baru-baru ini.

Mengakui kesilapan dilakukan, Bilal Saeed, 35, turut mengakui tindakan spontan itu tidak wajar dilakukan.

"Ini bukan pertama kali kejadian peminat bertindak di luar kawalan namun ini adalah kali pertama saya salah dalam tindakan.

"Saya tidak sepatutnya meninggalkan pentas," katanya.

bilal saeed 2

Bilal menyesal atas tindakan yang dilakukan.

"Bilal menulis perkara tersebut di Instagram miliknya berserta gambar ketika dia hadir pada acara berkenaan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Teri Khair Mangdi ini menimbulkan rasa kurang senang peminat susulan kejadian di konsert Punjab Group of Colleges yang berlangsung di Phalia, Pakistan.

Menerusi video yang tular, Bilal dilihat hilang sabar selepas seorang peminat dipercayai melakukan aksi keterlaluan dek kerana terlalu teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kondo lokasi pelakon Hong Kong bunuh diri dijual, RM10 juta lebih rendah dari nilai pasaran

ARTIKEL BERKAITAN: Reza Rahadian cium 15 pelakon wanita dalam filem, Bunga Citra Lestari paling ‘sedap’

Bukan itu sahaja, Bilal juga terus meninggalkan pentas berkenaan dan mengentikan persembahan.

Sementara itu, Bilal juga turut meminta peminatnya agar tidak mengulangai perbuatan sama pada masa akan datang.

"Berada di atas pentas adalah segala-galanya bagi saya. Saya boleh melupakan tekanan, rasa sakit atau apa sahaja ketika menghiburkan peminat.

"Bagaimanapun tidak ada yang patut mencemarkan persembahan atau pentas yang telah disediakan untuk saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain