suria

Nyanyi lagu ‘Heart Attack’ depan pesakit jantung, Demi Lovato dituduh tak sensitif

Demi Lovato terima kritikan nyanyi lagu Heart Attack di hadapan pesakit jantung.

PEMINAT meluahkan rasa pelik dengan tindakan penyanyi Demi Lovato yang memilih mempersembahkan lagu Heart Attack ketika muncul menerusi Konsert Go Red Persatuan Jantung Wanita Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ramai berpendapat lagu berkenaan tidak sesuai apatah lagi konsert itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit kardiovaskular yang merupakan punca utama kematian kaum wanita di negara berkenaan.

"Demi tidak sepatutnya memasukkan lagu tersebut dalam senarai memandangkan ramai orang yang mengalami serangan jantung.

NP-43

Demi Lovato ketika sedang menyanyi di Konsert Pakaian Merah Go Red.

"Konsert ini diadakan bagi mengingatkan kaum wanita tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung dan Heart Attack tidak sesuai," komen netizen.

Bagaimanapun terdapat peminat yang menyebelahi Demi dengan mengatakan penyanyi itu tidak bersalah sebaliknya mempersoalkan tindakan penganjur mengizinkan lagu tersebut dinyanyikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Lovato jual rumah selepas insiden ‘overdose’ dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Lovato akui tidak lagi berkawan dengan Selena Gomez

Apatah lagi, Demi sendiri pernah mengalami serangan jantung akibat pengambilan dadah berlebihan pada 2018 dan tidak mungkin penyanyi itu mahu bersikap biadab terhadap pesakit kardiovaskular yang lain.

Sementara itu, wakil pengurusan Demi dalam satu kenyataan kepada Enertainment Weekly menjelaskan pada persembahan itu, penyanyi berkenaan ada memberikan mesej indah kepada penonton.

Adalah tidak adil orang ramai cuba menuduh Demi bersikap biadab apabila tampil menyanyikan lagu tersebut dan cuba menghantar mesej salah kepada pesakit jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain