suria

Jason Momoa pernah bercita-cita jadi ahli politik, mahu selamatkan bumi

Jason menyimpan impian untuk menyelamatkan bumi.

PELAKON Jason Momoa mendedahkan sekiranya tidak bergelar artis dia akan menceburi bidang politik untuk menyelamatkan bumi.

Menurut pelakon filem Aquaman itu, sekiranya usianya masih muda dia berhasrat untuk memberikan impak positif kepada alam sekitar.

Sempena menyertai program dokumentari On The Roam baru-baru ini, Jason juga berkongsi antara amalan yang boleh dibuat bagi individu yang bercita-cita untuk melakukan perubahan kepada bumi.

jason2 - 1

Jason mahu terjun ke bidang politik sekiranya tidak menjadi pelakon.

Ini termasuk menyarankan penjimatan penggunaan elektrik selain memilih pemakanan yang betul bagi mengelakkan kerosakan bumi.

"Jika saya masih muda, saya mungkin akan cuba untuk melakukan sesuatu dan masuk ke dalam bidang politik untuk berjuang menyelamatkan planet kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas cerai, Jason Momoa tinggal di jalanan... Selama ini menumpang rumah bekas isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Jason Momoa tanggal pakaian depan penonton, tayang seluar dalam tradisional masyarakat Hawaii

"Apa yang kita boleh lakukan adalah usaha kecil yang dimulakan dari rumah seperti menjimatkan tenaga eletrik dan berjimat dengan apa yang kita makan. Fikirkan adakah kita memerlukannya?," katanya kepada People.

Dalam pada itu, sempena menyambut tahun baharu 2024 ini, Jason turut mendedahkan matlamatnya untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Sebagai tambahan kepada aktiviti sihat, pelakon tersebut ingin mengutamakan kesihatan mental, menekankan cinta terhadap diri sendiri dan bijak menguruskan tekanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain