BEKAS anggota kumpulan Super Junior iaitu Han Geng mendedahkan pernah melalui waktu sukar ketika di awal kemunculan sebagai bintang kpop di Korea Selatan. Han Geng, 40, memberitahu tekanan yang dihadapi ketika menjalani latihan sebagai bintang kpop cukup membuatkan dia terfikir untuk mengambil nyawanya sendiri bagi menamatkan penderitaan dihadapi. Apatah lagi ketika itu dia turut mengalami masalah kewangan kerana perlu menghantar wang belanja untuk keluarganya di China. "Saya tinggal di sebuah asrama dan rasa sangat tertekan sehingga mengalami mimpi buruk setiap malam. Han Geng kini aktif sebagai pelakon dan penyanyi di China. "Saya hubungi bapa dan beritahu ingin bunuh diri... Tapi saya beruntung kerana semua anggota Super Junior sangat baik dan sering menyokong saya," katanya. Han Geng memulakan latihan sebagai bintang kpop pada usia 19 tahun sebelum muncul bersama Super Junior pada 2005. Dalam pada itu, Han memberitahu dia pernah berasa jauh hati dengan bapanya ketika menandatangani perjanjian bersama syarikat pengurusannya di Korea Selatan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Squid Game berdepan hukuman penjara setahun, sangkal raba dan cium wanita tanpa kerelaan ARTIKEL BERKAITAN: Adik Cha Eun Woo jadi perhatian netizen, bukan sahaja kacak tapi pintar dalam pelajaran Katanya, antara terma yang tertulis dalam perjanjian itu ada menyebut perkataan 'saya jual' yang membuatkan dia berasa seperti diperdagangkan bapa sendiri. Selain itu gaji diterima selepas bergelar artis juga lebih rendah kerana dia perlu membayar semula pinjaman wang sepanjang tempoh latihan. Han Geng meninggal Super Junior sekitar tahun 2009 dan memulakan kerjaya di China. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!