suria

‘Midnight’ Album Terbaik Grammy ke-66, Taylor Swift dikecam tak peduli kemunculan Celine Dion serah trofi

Reaksi spontan Taylor kurang disenangi ramai.

KEMENANGAN besar penyanyi Taylor Swift di Anugerah Grammy ke-66 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles pada Isnin turut disusuli dengan kecaman netizen.

Bukannya disebabkan orang ramai tidak setuju dengan pengiktirafan tersebut, sebaliknya reaksi spontan Taylor di atas pentas ketika menerima anugerah Album Terbaik kurang disenangi ramai.

Peminat yang menonton acara tersebut kurang berpuas hati dengan tindakan Taylor yang dilihat seakan tidak mempedulikan keberadaan penyanyi legenda, Celine Dion yang tampil sebagai penyampai anugerah.

celine dion 1

Taylor dan Celine bergambar di belakang pentas.

Lebih-lebih lagi ini merupakan kemunculan pertama Celine selepas lebih setahun sejak dia mengumumkan dirinya menghidap Stiff Person Syndrome (SPS).

Rata-rata netizen menganggap Taylor tidak sensitif atau ada rasa belas kasihan terhadap Celine yang juga merupakan pemenang lima kali anugerah sama sebelum ini.

Bagaimanapun penyanyi lagu Blank Space itu mengubati kekecewaan peminat selepas dia tampil merakam gambar berpelukan di belakang pentas bersama Celine selepas menerima anugerah untuk album Midnight.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun derita sindrom orang kaku, kakak dedah kesihatan Celine Dion makin merosot

ARTIKEL BERKAITAN: Killer Mike ditahan lepas menang 3 Grammy, tangan digari ketika acara siaran langsung

Sementara itu, kemunculan Celine pada acara tersebut juga pastinya mengejutkan peminat yang selama ini bimbang dengan tahap kesihatannya.

Cantik manis dan masih mampu berdiri kuat, Celine turut menyampaikan penghargaan kepada semua yang telah banyak memberi sokongan kepadanya.

"Terima kasih semua. Saya gembira dapat kembali ke acara ini. Saya katakan ini dengan sepenuh hati," ucapanya.

victoria monet 1

Victoria menang ketegori Artis Baharu Terbaik.

Selain Taylor, antara pemenang yang turut menjadi tumpuan pada acara berkenaan termasuklah Miley Cyrus (Rakaman Terbaik - Flower), Billie Eilish (Lagu Terbaik - What Was I Made For?) dan Victoria Monet (Artis Baharu Terabik).

Taylor turut membawa pulang trofi Vokal Pop Terbaik dalam Album.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain