suria

Killer Mike ditahan lepas menang 3 Grammy, tangan digari ketika acara siaran langsung

Mike dibawa keluar oleh pihak polis dengan tangan bergari.

KEGEMBIRAAN penyanyi rap Killer Mike menang tiga anugerah di Anugerah Grammy ke-66 bertukar duka apabila dia ditahan oleh pihak polis dengan tangan bergari.

Video Mike, 49, dibawa keluar dari dewan tular di media sosial namun belum dipastikan punca sebenar ia ditahan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh wartawan Hollywood Reporter, Mike dibawa ke sebuah bilik di Crypto.com Arena di mana tempat acara anugerah itu berlangsung.

killer mike 2

Mike menang dalam tiga kategori di Anugerah Grammy.

Menurut sumber penahanan penyanyi itu hanyalah disebabkan salah faham yang berlaku dan dia bakal dibebaskan dalam tempoh masa terdekat.

"Dia akan dibebaskan dalam masa terdekat dari arena. Tidak dapat dipastikan punca sebanar dia ditahan.

"Ia hanyalah salah faham dan tiada kaitan dengan apa yang berlaku sebelum ini," jelasnya sumber terdekat kepada penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi lagu ‘Heart Attack’ depan pesakit jantung, Demi Lovato dituduh tak sensitif

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Squid Game berdepan hukuman penjara setahun, sangkal raba dan cium wanita tanpa kerelaan

Sementara itu menerusi beberapa hantaran video berbeza juga kedengaran suara peminat yang menggesa Mike dibebaskan segera.

Pada acara berkenaan, Mike menyapu bersih semua kategori yang di tercalon iaitu Lagu Rap Terbaik dan Persembahan Rap Terbaik bagi lagu Scientists & Engineers.

Dia juga mengungguli anugerah Album Rap Terbaik untuk album berjudul Michael.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain