suria

Kubur anak Tamara digali semula, kematian disyaki ada unsur jenayah... Polis panggil kekasih jadi saksi

Kematian anak Tamara menjadi kini dalam siasatan polis.

PUNCA kematian anak kepada pelakon Tamara Tyasmara yang meninggal dunia pada 27 Januari lalu terus menjadi tanda tanya sehingga polis terpaksa menggali semula kubur kanak-kanak berkenaan bagi tujuan siasatan.

Menurut laporan hasil pemeriksaan pada 6 Februari lalu mendapati terdapat unsur jenayah dan pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan dengan mengambil keterangan seramai 20 saksi.

Ketika kes ini masih dalam siasatan, kekasih Tamara menjadi tumpuan ramai kerana lelaki berkenaan ada bersama anaknya, Dante, 6, yang meninggal dunia di sebuah kolam renang.

tamara 1

Tamara turut dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubungan kematian anaknya.

Lelaki berkenaan juga telah dipanggil sebagai saksi setelah rakaman kamera litar tertutup membuktikan dia berada di tempat kejadian.

Bercakap kepada media, Tamara memaklumkan kekasihnya itu sudah banyak kali menemani Dante menghadiri kelas renang dan lelaki tersebut juga telah memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Saya ada menghubungi dia sebelum kejadian kerana turut sama mahu ke kolam renang tersebut. Belum sempat sampai kejadian sudah berlaku dan saya terus ke hospital. Apabila tiba di hospital saya mendapat badan anak saya sudah biru dan dia disahkan meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting pilih tentera pangkat kolonel sebagai bakal suami, dilaporkan sudah bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya bukan marah tanpa sebab, sering reward pekerja tunjuk prestasi cemerlang

"Saya percayakan dia dan sebab itu saya minta dia untuk menemani anak ke kolam renang. Dia pun sudah minta maaf atas apa yang berlaku," katanya.

Pihak berkuasa juga tidak menolak punca kematian Dante adalah berpunca kecuaian dan disebabkan itu pihak pengurusan kolam renang berkenaan juga telah dipanggil memberi keterangan.

Dante merupakan anak tungga Tamara hasil perkahwinan bersama pemuzik Angger Dimas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain