suria

Dituduh buat pembedahan plastik, BoA dedah tabiat suka gigit bibir punca muka berubah

Wajah dan bibir BoA jadi perhatian netizen dalam Marry My Husband.

KEMUNCULAN penyanyi BoA menerusi drama Marry My Husband menjadi perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mengalami sedikit perubahan.

Mana tidaknya bibir BoA yang terlihat lebih berisi membuatkan netizen berpendapat penyanyi itu menjalani pembedahan kosmetik.

Bagaimanapun BoA menyangkal dakwaan tersebut menerusi satu siaran langsung yang dibuat baru-baru ini.

1707336918-untitled-1

BoA sangkal tuduhan netizen mengenai wajahnya.

Kata BoA, perubahan mukanya disebabkan oleh tabiat mengetap bibir selain menggunakan pendakap gigi sejak 2023.

"Saya tidak menjalani sebarang pembedahan plastik, tapi tabiat semula jadi buatkan muka saya berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: BoA didapati tidak bersalah bawa masuk ubat terlarang ke Korea Selatan

ARTIKEL BERKAITAN: BoA disiasat dakwaan cuba seludup pil tidur ke Korea Selatan

"Saya suka gigit bibir saya mungkin itu yang membuatkan ia beri kesan kepada bahagian mulut saya," katanya.

Dalam pada itu, dia berharap netizen agar tidak menyebarkan fitnah terhafap dirinya.

Malah dia juga berharap watak antagonisnya di dalam drama Marry My Husband dapat diterima ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain