suria

Bunga Citra Lestari sudah berbincang dengan keluarga Ashraf sebelum buang nama Sinclair di IG

Bunga mengambil masa sebelum membuat keputusan menukar nama di IG.

PENYANYI dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) mengakui tindakan menukar nama bclsinclair di akaun Instagram (IG) miliknya adalah satu keputusan paling berat yang pernah dilakukan.

Memetik laporan Hotdetik, Bunga, 41, memberitahu dia memang berniat untuk memadam nama keluarga arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair, namun mengambil masa yang agak lama disebabkan masih bersedih dengan pemergian insan tersayang itu.

"Ya memang baru-baru ini saya sudah memadam nama itu (sinclair) dan menjadikan akaun itu dengan nama saya sahaja.

bcl2 - 1

Bunga berbincang bersama keluarga Ashraf sebelum membuat keputusan.

"Saya perlu menghormati situasi kerana ingin memulakan kehidupan baharu tapi waktu itu saya masih berduka dan mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan (menukar nama) itu," katanya ketika temu bual bersama Trans TV.

Dalam pada itu, Bunga mendedahkan dia sudah mengadakan perbincangan dengan keluarga Ashraf sebelum mengambil keputusan untuk menukar nama itu di Instagram.

Bagi Bunga, akaun tersebut mempunyai banyak kenangan dan menjadi saksi perjalanan hidupnya bersama Ashraf.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilang hari bahagia... Bunga Citra Lestari buang nama Sinclair, tukar 'username' Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari tak mahu anak, risiko besar mengandung usia 40-an

"Saya juga sudah berbincang dengan keluarga saya dan keluarga Asharaf sebelum mengambil keputusan itu, ya jadi keputusan itu adalah keputusan bersama.

"Sukar bagi saya untuk melepaskan sesuatu kerana sudah menganggap Instagram sebagai memori kisah saya bersamanya (Ashraf)," ujarnya.

Pada Disember tahun lalu, Bunga dilihat sudah tidak lagi menggunakan nama bclsinclair di Instagram beberapa hari sebelum mendirikan rumah tangga semula.

Penyanyi lagu Cinta Sejati itu memadam nama keluarga Ashraf dan menggantikan dengan username baharu iaitu itsmebcl.

Tindakan Bunga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen serta peminat dan rata-ratanya dilihat menyokong penyanyi berkenaan untuk meneruskan kehidupan bersama pasangan baharu.

bcl1 - 1

Bunga dan Tiko mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Bunga kemudiannya bernikah dengan Tiko Aryawardhana pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain