suria

Sembilan bulan kenal di ‘dating app’, wanita buat pendedahan Zayn Malik ajak lakukan seks bertiga

Sam mendedahkan hubungannya bersama Zayn Malik

SEORANG pengguna TikTok dikenali Sam Fisher mendakwa penyanyi Zayn Malik mengajakkan untuk melakukan seks tiga serangkai (threesome) sebanyak 40 kali.

Sam, 33, mendedahkan, dia bersama penyanyi popular itu sudah sembilan bulan menjalinkan hubungan yang bermula di sebuah aplikasi sembang.

"Saya bertemu dengan Zayn dan sudah selama sembilan bulan saya menghabiskan masa menjalinkan hubungan dengannya.

Zayn 1

Antara bukti yang didedahkan wanita berkenaan.

"Selepas itu dia hantar mesej kepada saya di Instagram sebelum berjumpa secara tertutup," dedahnya.

Sam memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran video di TikTok baru-baru ini.

Wanita itu turut menampilkan beberapa bukti iaitu gambar Zayn yang tidak pernah dimuat naik di mana-mana media sosial.

Tambah Sam, Zayn mula mengajaknya untuk melakukan seks secara bertiga apabila mengetahui wanita berkenaan sebelum ini pernah menjalinkan hubungan sesama jenis.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun tak muncul di khalayak, peminat serbu Zayn Malik sampai kaki kena gilis tayar

ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Malik ‘unfollow’ IG selepas gosip cinta Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprio bertiup kencang!

"Sejak dia tahu hubungan terakhir saya dengan perempuan, dia ajak saya melakukan seks bertiga. Sebanyak 40 kali dia minta," ujarnya.

Bagaimanapun, Sam berkata, dia menarik diri saat akhir untuk melakukan perkara tersebut sehingga menyebabkan Zayn marah terhadapnya.

Hantaran tersebut memdapat kecaman netizen dengan rata-rata mengatakan wanita tersebut hanya berhalusinasi dan terlalu mencintai Zayn.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain