suria

Cher dituduh mentua dari neraka, minta anak fail cerai dan tuntut hak penjagaan harta

Cher mendesak anaknya untuk bercerai.

PENYANYI terkenal Cher digelar sebagai ibu mentua dari neraka selepas didakwa cuba meruntuhkan rumah tangga anak lelakinya.

Cher, 77, didakwa meminta anak lelakinya iaitu Elijah Blue Allman menceraikan isterinya Marieangela King yang sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Tidak hanya itu, Cher juga dilaporkan memfailkan tuntutan konservator terhadap Elijah selepas mendakwa anaknya itu tidak dapat menjaga diri dan menguruskan kewangan dengan baik akibat penyalahgunaan dadah.

Cher 1

Marieangela dan Elijah sudah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun.

Dalam pada itu, Elijah dilaporkan pernah memfailkan cerai terhadap Marieangela pada 2021 atas arahan Cher namun menarik semula tuntutan tersebut pada Januari lalu.

Menurut Marieangela, hubungannya bersama Elijah sebelum ini dalam keadaan baik dan tidak pernah berlaku sebarang salah faham.

"Dari awal lagi saya tahu surat cerai itu bukan dari dia (Elijah). Selalunya orang bercerai disebabkan ada perselisihan faham, namun perkara itu tidak berlaku di antara kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami serah bukti kes kematian anak, anggap kekasih Tamara Tyasmara seperti binatang

ARTIKEL BERKAITAN: Pink hentikan persembahan, peminat bersalin di tapak konsert

"Dalam dokumen mahkamah ia mengatakan bahawa saya membawa Elijah keluar dari pusat pemulihan.

"Ya, saya membawanya keluar dari pusat pemulihan di Mexico di mana dia ditahan di luar kehendaknya. Saya mahukan yang terbaik untuknya," katanya.

Dalam masa sama, Marieangela tidak mahu masalah itu berterusan dan ingin menjalinkan hubungan baik dengan mentuanya.

"Saya sayang ibu mertua saya. Saya harap kita boleh kembali berbaik pada masa hadapan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain