suria

Suspek benam muka anak pelakon dalam air sebagai latihan pernafasan, bakal didakwa kerana membunuh

Yudha dedah alasan benam kepala Dante di kolam renang.

SUSPEK pembunuhan anak kepada pelakon Tamara Tysmara mendakwa dia membenamkan kepala kanak-kanak malang itu di dalam kolam renang sebagai latihan pernafasan.

Pihak berkuasa dalam kenyataan kepada media memberitahu suspek iaitu Yudha Arfandi melakukan tindakan itu supaya mangsa tidak takut kepada air.

"Suspek mengakui berenang di kolam renang selama dua jam dan membenamkan kepala mangsa di dalam kolam renang.

Yudha menjadi suspek utama kematian Dante.

Yudha menjadi suspek utama kematian Dante.

"Tujuan kepala mangsa dibenamkan adalah sebagai latihan pernafasan bagi menjadikan mangsa lebih kuat, tidak mudah panik dan tidak takut air," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Dalam pada itu, Yudha masih dalam tahanan pihak polis untuk proses soal siasat berhubung insiden tersebut.

Pada 27 Januari lalu, Dante atau Andante Pramuditya, 6, meninggal dunia selepas lemas di sebuah kolam renang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lemas tapi bunuh... Kekasih Tamara Tysmara ditahan, benam muka anak dalam kolam renang 12 kali

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami serah bukti kes kematian anak, anggap kekasih Tamara Tyasmara seperti binatang

Bagaimanapun pada 6 Februari lalu, kubur mangsa digali semula selepas pihak polis mendapati terdapat unsur jenayah yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak malang itu.

Hasil siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan Dante yang sedang duduk ditepi kolam renang ditarik oleh Yudha sebelum kepalanya dibenamkan di dalam air sebanyak 12 kali.

Susulan bukti berkenaan, Yudha ditahan pada Sabtu lalu dan akan didakwa kerana membunuh.

Dante merupakan anak tunggal Tamara hasil perkahwinannya bersama pemuzik Angger Dimas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain