suria

Janji simpan aib Ria Ricis, Teuku Ryan menangis semasa perbicaraan kes cerai

Ria dan Ryan tenang ketika mendengar prosiding penceraian mereka di mahkamah.

KERETAKKAN rumah tangga YouTuber Ria Ricis bersama suaminya, Teuku Ryan nampaknya bukan lagi sekadar khabar angin.

Memetik laporan Detik Hot, pasangan berkenaan hadir ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan kemelut yang melanda perkahwinan mereka secara tertutup pada Isnin.

Sebelum perbicaraan berlangsung, pasangan berkenaan sempat bersalaman malah Ria juga dilihat mencium tangan Ryan.

Menurut sumber, mereka sempat menangis beberapa kali sepanjang enam jam perbicaraan itu berlangsung.

ria 11

Ria sempat bersalaman dengan Ryan ketika di dalam dewan mahkamah.

Sementara itu, Ryan berkata, dia masih berusaha menyelamatkan rumah tangganya sekali gus menyangkal khabar angin mengenai dirinya.

Ryan juga berjanji tidak akan membuka aib isterinya kerana Ria adalah ibu kepada anaknya.

"Mohon doakan, saya sudah cuba pertahankan keluarga saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis fail cerai, Teuku Ryan terdesak cari kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan komen di TikTok isteri undang padah, Ria Ricis dedah sudah lama diabaikan Teuku Ryan

"Saya tidak akan buka aib Ria kerana dia ibu kepada anak saya," katanya ringkas.

Sebelum ini, Ria atau Ria Yunita, 29, dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Ryan walaupun rumah tangga yang dibina baru sahaja mencecah usia dua tahun.

Untuk rekod, Ryan dan Ria mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 di Hotel InterContinental Pondok Indah, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain