suria

Ibu ajar Mahalini hidup berdikari, ada sebab setuju kahwin Rizky Febian

Mahalini pernah tak nak kahwin.

PENYANYI Mahalini Raharja pernah terfikir untuk tidak berkahwin kerana merasakan ia bukan satu keperluan.

Mahalini berkata, dia merasakan perkahwinan bukan perkara penting kerana pernah diajar oleh mendiang ibunya untuk berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

"Ibu selalu menekankan tentang hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

Rizky dan Mahalini

Rizky dan Mahalini bakal berkahwin tidak lama lagi.

"Sebab itu saya pernah terfikir tidak mahu berkahwin dan hidup membujang," katanya.

Mahalini berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu program Podhub Deddy Corbuzier dan Vidi Aldiano di YouTube.

Bagaimanapun kata Mahalini, selepas ibunya meninggal dunia, dia mula rasa kesepian selain hatinya menjadi kosong sehinggalah dia bertemu dengan Rizky Febian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya tengok Rizky Febian dan Mahalini bercuti bersama, tapi netizen pula tak puas hati minta cepat putus

ARTIKEL BERKAITAN: Perbezaan agama isu sensitif, Rizky Febian tetap akan kahwin Mahalini

"Selepas ibu meninggal dunia hidup saya rasa kosong sehinggalah saya bertemu Rizky. Saya sebenarnya bukan senang rapat dengan orang tetapi kami mempunyai banyak persamaan.

"Apatah lagi Rizky juga sudah tidak mempunyai ibu seperti saya," jelasnya.

Tidak hanya itu, sikap Rizky yang rapat dengan keluarga membuatkan Mahalini jatuh cinta dan yakin penyanyi itu dapat menjadi suami dan bapa yang baik kepada anak-anak mereka nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain