suria

Chris Brown berang nama digugurkan NBA, terlalu banyak kontroversi punca penaja tak berminat

Brown kecewa apabila namanya digugurkan sebagai pemain perlawanan NBA.

PENYANYI Chris Brown meluahkan rasa marah terhadap pihak penganjur National Basketball Association (NBA) apabila namanya digugurkan sebagai pemain dalam NBA All Stars Celebrity Game, baru-baru ini.

Meskipun mendapat jemputan awal, dia kemudian dimaklumkan tidak boleh menyertai acara itu atas permintaan pihak penaja.

Keputusan tersebut dikatakan berpunca daripada kontroversi melakukan keganasan terhadap wanita yang pernah melibatkan dirinya sebelum ini.

brown 1

Pihak penaja NBA enggan Brown tersenarai sebagai pemain.

"Saya dijemput untuk bermain dalam perlawanan All Stars tahun ini. Namun mereka menghubungi saya dan maklumkan tidak dapat berbuat demikian kerana penaja.

"Sampai satu tahap saya merasakan penat dengan orang yang mengganggu begini. Saya sudah penat dengan kehidupan lalu," katanya.

Brown, 35, menulis perkara tersebut di laman Instagram berserta tangkap layar emel yang diterima daripada pihak NBA.

ARTIKEL BERKAITAN: PM Thailand dakwa Singapura bayar Taylor Swift untuk tidak anjur konsert di negara Asean lain

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran tak naik punca Katy Perry tinggalkan American Idol, produksi intai Taylor Swift sebagai juri

Berdasarkan maklumat yang diterima, perlawanan tersebut sepatutnya berlangsung di Lucas Oil Staium, Indianapolis, Amerika Syarikat pada 16 Februari lalu.

Malah pihak penganjur juga telah menyediakan kemudahan lain termasuk penginapan dan pengangkutan untuk ke lokasi berkenaan.

Dalam masa sama, Brown juga menegaskan enggan menerima jemputan mana-mana penganjur yang masih lagi melihat kontroversi sebelum ini.

"Saya hanya akan pergi ke tempat di mana saya dihargai," tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain