suria

Pelakon remaja filem ‘Dangal’ meninggal dunia akibat penyakit pelik, ibu bapa dedah punca kematian

Suhani meninggal dunia pada usia 19 tahun.

IBU dan bapa kepada pelakon Suhani Bhatnagar berkongsi butiran punca kematian anak perempuan mereka pada Sabtu lalu.

Dalam laporan berkenaan, gadis berusia 19 tahun itu disahkan menghidap gangguan autoimun yang jarang berlaku.

NP-95

Suhani terkenal dengan lakonannya memegang watak Babita waktu kecil dalam filem Dangal.

Menurut laporan IndiaToday, ibu bapa Suhani memaklumkan anak mereka didiagnosis penyakit dermatomyositis.

Penyakit jarang berlaku itu mula dikenal pasti sekitar dua bulan lalu apabila Suhani mengalami bengkak di tangan sebelum merebak ke bahagian lain.

Tambahnya lagi, Suhani turut mendapat jangkitan ringan di hospital sehingga menyebabkan pembentukan cecair dalam badan termasuk bahagian paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima Bintang Untuk 'Dangal'

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun bersara bidang lakonan, pelakon ‘Dangal’ Zaira Wasim kongsi foto berjubah

Malah tahap oksigen juga turun dengan mendadak, malah imunisasi tubuhnya juga terjejas akibat ubat steroid yang diberikan.

“Walaupun selepas meletakkan Suhani pada ventilator, tahap oksigennya sangat rendah, dan kemudian petang semalam pada pukul 7 malam, doktor di All India Institute Of Medical Science (AIIMS) berkata dia sudah tiada,” katanya.

NP-96

Hasrat kembali berlakon selepas tamat belajar Suhani tidak kesampaian.

Sementara itu, ibu Suhani pula memberitahu aktres itu ada memasang impian untuk kembali berlakon selepas tamat pengajian dalam bidang kewartawanan dan komunikasi massa.

"Dia menunjukkan prestasi yang sangat baik di kolej, malah dia mendapat anugerah pada semester lepas. Dia cemerlang dalam segala-galanya dan mahu cemerlang dalam apa sahaja yang dia mahu lakukan.

“Anak perempuan kami telah membuat kami berasa sangat bangga,” ujarnya.

Suhani terkenal kerana memainkan watak kanak-kanak Babita Kumari Phogat dalam filem Dangal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain