suria

Menyesal guna perkataan berbaur perkauman, Hyolyn tampil mohon maaf

Hyolyn mengaku silap selepas memuat naik satu video dia menyanyi menyebut perkataan N.

PENYANYI Hyolyn membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menggunakan kata-kata berbaur perkauman, baru-baru ini.

Kontroversi itu bermula selepas Hyolyn atau Kim Hyo Jung, 34, memuat naik video menyanyi lagu Doja Cat dan menyebut perkataan N.

Perkataan N tersebut pula dianggap satu penghinaan kaum yang digunakan terhadap orang kulit hitam.

NP-87

Ciapan Hyolyn di aplikasi X selepas dia melontarkan kata-kata berunsur perkauman.

Hyolyn menyiarkan permohonan maaf rasmi tersebut di aplikasi X.

“Hello semua, ini Hyolyn. Semalam, sambil menyanyi bersama-sama lagu yang dimainkan di latar belakang, saya sambil lewa mengeluarkan perkataan yang berbaur dengan implikasi budaya dan sejarah yang ketara.

“Saya amat kesal dan sedih kerana telah menyakiti ramai di antara anda dengan kejahilan saya. Saya benar-benar minta maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh isu perkauman dan dikatakan albino Jepun, ARMY tuntut stesen TV Jerman mohon maaf pada BTS

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap perkauman di Amerika, Angelina Jolie bimbang tidak dapat lindungi anak angkatnya berketurunan Afrika

“Harap maklum bahawa saya sangat menyayangi anda semua, dan saya berterima kasih kerana memastikan saya bertanggungjawab atas tindakan saya.

“Saya harap anda akan berada di sana dalam perjalanan saya untuk mendidik diri saya lebih lanjut mengenai budaya di luar budaya saya, untuk berkembang bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi sebagai seorang individu. Terima kasih sekali lagi untuk semua kasih sayang dan sokongan anda,” tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain