suria

Usia Uhm Jung Hwa sudah cecah 54 tahun, tiada keinginan mendirikan rumah tangga

Jung Hwa selesa hidup seorang diri.

PELAKON dan penyanyi Uhm Jung Hwa mendedahkan belum bersedia menamatkan zaman bujang meskipun usianya sudah melepasi separuh abad.

Jung Hwa, 54, berkata, dia pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya suatu ketika dahulu tetapi takut berdepan dengan alam perkahwinan.

"Saya pernah berfikir untuk berkahwin sebelum ini kerana masa itu saya ada teman lelaki.

123111

Jung Hwa pilih kerjaya dari berkahwin.

"Tetapi selepas saya fikir berulang kali, perasaan untuk berkahwin itu terus hilang," katanya.

Jung Hwa berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu di rancangan Supermarket Sora baru-baru ini.

Selain itu, Jung Hwa memberitahu kerjayanya sebagai selebriti juga memberi pengaruh kepada keputusan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Uhm Jung Hwa Nafi Ciplak Kulit Album Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai jadi mangsa, Choi Siwon sangkal terlibat penipuan kripto

Namun kehidupan bebas yang dimiliki ketika ini adalah faktor utama dia lebih selesa hidup solo.

"Saya sangat sayang dengan kerjaya sebab itu saya ambil keputusan mahu fokus kepada karier walaupun ia agak sukar.

"Saya tahu kalau berkahwin kerjaya saya tak terjejas pun cuma saya lebih suka kehidupan sekarang," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain