SEBAGAI seorang pelakon, Jaya Bachchan sentiasa menjaga penampilannya bagi memastikan dapat kekal cantik dan rapi. Anak Jaya iaitu Shweta Bachchan mendedahkan ibunya mengamalkan jus bawang sebagai rahsia bagi memastikan rambutnya sentiasa kekal sihat dan lebat. Bagaimanapun, Shweta menanggap tips itu ketinggalan zaman selain mengeluarkan bau busuk. Banyak pendedahan menarik mengenai keluarga Bachchan dalam podcast mereka. Malah Shweta juga mengakui setiap kali ibunya mengamalkan tips berkenaan bau bawang akan memenuhi ruang rumah mereka. "Perkara yang paling teruk adalah mama menggunakan jus bawang untuk rambut. "Saya dapat menghidunya dari depan pintu lagi," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bukannya semua glamour di Bollywood, Jaya Bachchan dedah pernah tukar tuala wanita dalam semak ARTIKEL BERKAITAN: Jaya Bachchan tiada masalah kalau cucu mengandung anak luar nikah, keluarga berfikiran moden! Lebih melucukan apabila Jaya turut bersetuju tips berkenaan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Shweta berkongsi perkara itu menerusi sebuah sedutan podcast What The Hell Navya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Tidak hanya berkongsi tips kecantikan, podcast berkenaan juga mengisahkan tentang hubungan pernah dilalui oleh keluarga Bachchan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!