suria

Tak sorok hubungan cinta, Sean Evans sedang bahagia dengan bintang porno

Pasangan ini dianggap sedondon oleh netizen.

PENGACARA Sean Evans tidak lagi berselindung mengenai hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Melissa Stratton.

Memetik laporan TMZ, Sean dikatakan mula akrab dengan Melissa yang juga merupakan pelakon filem dewasa dan juga model terkenal itu sejak Oktober tahun lalu.

Mereka dikatakam mula berkenalan dan dilihat sering membalas mesej di media sosial.

tmaa

Keakraban Sean dan Melissa jadi bualan ramai.

Terbaharu, pasangan ini juga sudah berani tampil bersama di acara Super Bowl baru-baru ini.

Mereka bagaimanapun masih mengunci mulut mengenai hubungan mereka namun kerap berkongsi foto bersama di media sosial masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Usher kahwin teman wanita di Las Vegas selepas persembahan Super Bowl

ARTIKEL BERKAITAN: Bobby Deol tahan nafas rakam adegan mesra, mulut Manisha Koirala bau busuk

Mereka juga dikatakan sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing selepas kisah percintaan mereka menjadi buah mulut orang ramai.

Bukan itu sahaja pihak pengurusan Sean juga enggan mengulas mengenai pasangan mereka selepas ramai mendakwa mereka bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain