SELEPAS giat berkempen untuk Pemilihan Umum Indonesia atau Pemilu, vokalis kumpulan Ungu iaitu Pasha kini berserah dan bersedia menerima apa jua keputusan rakyat yang akan menjalankan tanggungjawab mengundi. Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said, 45, berkata pemilihan kali ini penting untuk rakyat memilih calon yang akan membangunkan negara bagi tempoh lima tahun akan datang. "Akhirnya masa berkempen pun sudah selesai. Esok (Rabu) harapnya pilihanraya dapat dijalankan dengan tenang. "Selebihnya saya serahkan kepada masyarakat yang akan menentukan siapa calon wakil rakyat yang akan dipilih untuk masa pembangunan lima tahun akan datang. Pasha komited menceburkan diri dalam bidang politik. "Manusia hanya merancang tetapi kepada Allah SWT jugalah kita serahkan segalanya," katanya. Pasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu. Dalam pada itu, Pasha meluahkan rasa syukur kerana sudah melaksanakan tugas sepanjang kempen pilihan raya dengan melawat beberapa wilayah dan kawasan kampung. ARTIKEL BERKAITAN: Ungu hampir berpecah gara-gara ego Pasha, bergaduh besar ketika buat keputusan masuk politik ARTIKEL BERKAITAN: Ungu suka buat persembahan di Malaysia, sambutan peminat luar biasa... Bakal adakan konsert tahun depan Kata Pasha, pelbagai perbincangan dan strategi memajukan kawasan kampung sudah dirangka dan berharap agar perancangannya itu berjalan lancar. "Alhamdulillah seluruh ikhtiar InsyaAllah sudah kami laksanakan tidak kurang dua tahun kami turun padang melihat dan membantu rakyat. "Hampir seluruh mukim dan kampung sudah kami usahakan untuk dilawati. Pelbagai diskusi tentang keperluan masyarakat sudah kami dengarkan dan catat. "Kami ucapkan terima kasih kepada seluruh tokoh masyarakat dan seluruh pihak yang sudah membuka ruang untuk mendengarkan tujuan dan cita-cita kami," ujarnya. Pasha turun padang bertemu dengan rakyat. Penyanyi lagu Cinta Dalam Hati itu turut mewakili isterinya Adelia atau Dellia Wihelmina yang juga bertanding dalam Pemilu memohon maaf di atas kekurangan yang ada sepanjang tempoh mereka berkempen. Tambah Pasha, dia mengharapkan segala perjuangan dan cita-cita mereka untuk membangunkan masyarakat bakal terlaksana. "Semoga ini menjadi sebab kebaikan bagi kita khususnya bagi warga Jakarta Barat, Jakarta Utara dan Kepulauan Seribu hari ini dan akan datang. Pasha menyerahkan segala keputusan di tangan rakyat. "Saya dan isteri (Adelia) menghulurkan permohonan maaf sekiranya ada salah dan silap selama menjalankan kempen silaturahim serta kegiatan di wilayah-wilayah. "Mungkin ada sikap atau tindakan kami atau pihak kami yang kurang disenangi sekali lagi mohon maaf... Semoga hasil dari seluruh perjuangan ini sesuai dengan harapan serta cita-cita kita bersama," katanya. Untuk rekod, Pasha memegang jawatan sebagai Wali Kota atau Datuk Bandar Palu, Sulawesi Tengah pada 2016 hingga 2021. Bagi Pemilu Indonesia 2024, Pasha bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Daerah Pemilihan Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!